Keghairahan laman web seks Indonesia akhirnya kendur?

SEJAK gelombang internet merempuh dunia termasuk di negara dunia ketiga, ia turut mengirimkan badai seksual lewat teks sehingga laman web yang mengangkat tema seks muncul sama ada melalui bentuk cerita, gambar atau rakaman video.

Dengan isi kandungan yang mengghairahkan minat pengguna, akses kepada laman web bertemakan cerita seks mudah dicapai dengan hanya memasukkan kata kunci seperti ‘cerita seks’, ‘cerita seru’ dan ‘cerita 17 tahun’, sekali gus memaparkan keputusan ratusan ribu laman web yang mempunyai kaitan dengan kata kunci terbabit.

Di Indonesia, kerajaan negara itu meluluskan Undang-undang Informasi dan Trasaksi Elektronik (UUITE) pada April lalu, sehingga menyebabkan laman web seperti 17tahun dan puluhan lagi sesawang cerita porno menutup laman web mereka, selain menukar modus operandi untuk mengelakkan daripada akses disekat.

Ini termasuklah forum kaskus.us yang terpaksa memuatnaikkan pengumuman dan pemberitahuan yang memaklumkan bahan material yang mengandungi unsur porno dilarang serta akan dibuang daripada laman web terbabit.

Sebahagian laman web itu terpaksa membuang kandungan yang berbentuk gambar porno di laman web mereka dan menggantikannya dengan kandungan umum. Bagaimanapun, kesan daripada tindakan itu menyebabkan jumlah pengunjung mula berkurangan.

Dengan hilangnya laman web seks di Indonesia itu, peminat laman web terbabit mungkin terpaksa kembali kepada MO yang lama, iaitu melalui penggunaan mailing list seperti dekad 1990-an dengan yang paling popular ialah Cerita-cerita Seru (CCS).

Bagaimanapun, penggunaan mailing list menyebabkan pemilik laman web seks yang mempunyai asosiasi dengan pihak pengiklan tidak lagi dapat meraih keuntungan dengan pemaparan iklan khususnya iklan berbaur seksual. Ini kerana MO maiing list membabitkan penghantaran e-mel ke kantung e-mel peribadi pengguna dan tidak lagi pada laman web tertentu.

Kerajaan tidak mungkin dapat menghalang lalu lintas bahan seksual ini melalui mailing list kecuali bekerjasama dengan penyedia mailing list seperti Yahoogroups.com di bawah Yahoo.com atau Google Groups. Tanpa kerjasama itu, lalu lintas bahan terbabit tidak mungkin dapat disekat. Namun, sudah tentu kerjasama sedemikian mustahil terjadi kerana Yahoo.com dan Google tidak mungkin bertindak untuk menapis bahan terbabit.

UUITE mungkin berdepan dengan satu halangan besar lagi kerana tsunami blog yang melanda awal 2000 tidak mungkin dapat disekat apabila sebahagian penulis blog memuatkan bahan berunsur dan bertemakan seks di laman blog mereka.

Laman blog yang disediakan percuma seperti Blogspot dan Wordpress mudah dibina, bahkan ia hanya membabitkan dua tiga langkah yang senang saja. Dengan adanya laman blog itu, bahan berunsur dan bertemakan seks mudah disebar serta diperoleh, manakala kerajaan juga tidak mungkin memantau semua laman blog yang ada kerana ia mungkin mencapai jumlah jutaan blog seperti Mimit Mamat dan blog yang menggunakan kata kunci 17tahun.

0 polemik:

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Editor Sastera BH
E-mel 3: Sastera BH
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

Baca 2014

Kumpulan Puisi: Mencari Nur
Kumpulan Puisi Perahu
Kumpulan Cerpen Kuda-Kuda Lembah Patagonia
Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim
Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
D.U.B.L.I.N.
Kumpulan Puisi Titik ke Titik, Hujan
Kumpulan Puisi Negeri Kunang-Kunang
Kumpulan Puisi Laut Tujuh Gelombang Buih
Kumpulan Puisi Tentang Pertanyaan
Kumpulan Puisi Taman Maknawi
Kumpulan Puisi: Nasib Dari Negeri Luka
Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami
Filsafat Islam: Dari Klasik Hingga Kontemporer
Rahsia Cintaku
Ayat-Ayat Api: Kumpulan Sajak
Hitam Dan Putih
Menjawab Dakwah Kaum 'Salafi'
Pelajaran Pertama bagi Calon Politisi
Kunta Kinte Original: Catatan Kopitiam


Mohd Yaakub's favorite books »

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter