“Keputusan pilihan raya ini,” kata Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, “Ialah buku baru dan bukan sekadar bab baru.”
Aku mahu bertanya lebih lanjut, tetapi wartawan dari stesen televisyen mengheret pertanyaan kepada isu lain. Tentu cerita lain yang mahu dimainkan stesen televisyen. Cuma selepas itu, baru sempat aku pinta penjelasan lebih lanjut. Itupun tidak panjang, mengingatkan ada wartawan lain yang ditugaskan membuat coverage.
Barangkali Ungku Aziz pun mengerti, betapa panjang pun pandangannya, ia mungkin jadi pendek dalam larikan huruf atau suntingan visual.
Lagipun, kehadirannya adalah membuat pengenalan terhadap buku isterinya, Azah Aziz.Jalinan karya Azah Aziz
Oleh Nazmi Yaakub di Berita Harian, 19 April 2008
SHARIFAH Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz yang dilahirkan di Singapura, pada 21 Ogos 1928 dan dibesarkan di negara ini, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent Inggeris di Johor Bahru, tetapi pengajiannya terganggu akibat perang.
Azah mengambil kursus kesetiausahaan, sempat berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Pengajian Sosial, Universiti Malaya (UM), Singapura dan Setiausaha Ketua Pengarang New Straits Times, Tan Sri Leslie Hoffman, yang memperkenalkannya kepada dunia kewartawanan, sebelum dilantik sebagai Pengarang Wanita Berita Harian serta Pengarang (Rencana) Utusan Melayu.
Beliau berkahwin dengan Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan dikurniakan seorang anak, Tan Sri Dr Zeti Akhtar, menghasilkan buku berkaitan sastera tradisional dan kekeluargaan seperti Ibu, Kenangan Budi, Keluarga Kita, Pantun-pantun Melayu, Pantun Kanak-kanak, Adik Sayang, Bangau Kurus serta Di Taman Seni.
Pada 2006, beliau menghasilkan buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu hasil daripada pelantikannya sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Azah bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila turut mengasaskan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), selain pernah dilantik sebagai Presiden Pertama.
Dzulkafli Buyong yang dilahirkan pada 1948, pernah mendapat bimbingan pelukis terkenal, Patrick Ng ketika bersekolah di Sekolah Menengah Victoria sehingga tidak hairanlah beliau memenangi pelbagai hadiah pada pertandingan lukisan seawal usia 16, termasuk pingat emas dari Raja Permaisuri Agong pada masa itu, Tengku Budriah Tengku Ismail dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman 'bagi penyertaan terbaik keseluruhan' pada Pertandingan Pelukis Muda.
Lukisan beliau boleh dinikmati di Balai Seni Lukis Negara, selain galeri di institusi pengajian tinggi (IPT), bangunan korporat dan koleksi peribadi pencinta seni.
Dzulkifli yang terkenal dengan lukisan bertema kanak-kanak, meninggal dunia kerana serangan asma, di rumahnya di Ampang Jaya, pada Februari 2004.
Sokong Jawatan Speaker S'ngor, PAS Pengimbang Dunia-Akhirat..
6 minit yang lalu






0 polemik:
Catat Ulasan