Jangan baca puisi, nanti ganggu baca Quran

Saya diberitahu cerita yang entah perlu diketawa atau ditangisi. Baca puisi Ramadan yang selalu diadakan pada minggu-minggu terakhir bulan barakah di sebuah masjid di sebuah universiti di Selangor, dibantah pelajar sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan.

Alasan bantahan yang dikemukakan pelajar -rakan saya itu mengatakan mereka orang hijau- adalah baca puisi di masjid mengganggu orang nak baca al-Quran. Akhirnya bantahan itu sampai ke pihak atasan dan mereka tidak mahu bising-bising, mangsanya adalah program baca puisi.

Saya suka budak-budak universiti memperjuangkan idealisme mereka. Mereka wajib bantah kalau ketidakadilan berlaku. Mereka wajib bersuara kalau kebenaran itu ditenggelamkan. Mereka tidak boleh diperkuda oleh pihak di luar tanpa mengira warna, biru tuakah, hijaukah, biru mudakah atau merahkan.

Tetapi membantah baca puisi di masjid dengan alasan mengganggu orang baca Quran? Atau sebelum ini membantah Pak Samad baca puisi kerana diiringi petikan gitar? Aduh, jangan hina intelektual anda dengan bantahan sebegini.

Dan saya mahu ingatkan Dinsman, jangan cuba-cuba bawa teater ke masjid di universiti ini. Kalau baca puisi pun dibantah, inikan pula pementasan teater.

Nampak gaya pemikiran orang kampung di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang masjid mereka dijadikan pentas teater oleh Dinsman, jauh lebih matang daripada budak-budak yang kononnya mahu memperjuangkan idealisme yang muluk-muluk itu!

3 polemik:

Anuar Manshor 2009 November 12 14:10  

Wahabi!!!Wahabi!!!

drbubbles 2009 November 12 14:40  

Tuan,

Saya pernah melihat meja snooker di masjid besar Glasgow sepuluh tahun dahulu.

Nazmi Yaakub 2009 November 12 15:09  

anuar, labu labi daa dorang ni.

drbubbles, nak main snooker, meh datang masjid. bila azan, terus solat

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter