Ketika ini sebenarnya, pengarang China dan Turki bersimposium tentang kesan globalisasi terhadap sastera khususnya sastera dari Barat yang dianggap bakal mengunyah sastera tempatan di Ankara dan Istanbul, Turki. Agak ironinya, apabila ia membabitkan China yang kuasa ekonominya juga sedang menjalar, melingkar dan menyelongkar, sekali gus melebarkan pengaruh sasteranya sendiri sebagai alat budaya yang sangat berkesan.
Bagaimanapun, pengaruh globalisasi mungkin dilihat dalam konteks budaya dari Amerika Syarikat yang menjadi produk penting dalam globalisasi baik yang bernama filem, muzik atau buku. Ia tidak dilihat proses penyebaran dari keghairahan China untuk menjadi kuasa ekonomi dan budaya yang baru.
Kita wajar belajar daripada kesungguhan China yang menyedari kepentingan sastera dan budaya sebagai bahan bantu yang penting dalam proses pengukuhkan kuasa ekonomi di sebalik kegagalan Barat. Tidak hairanlah acara kebudayaan berskala besar itu didanai oleh State Council Information Office, China, lewat Experience China in Turkey yang menampilkan sembilan acara besar termasuk forum politik dan ekonomi China-Turki, minggu filem dan drama televisyen China, festival makanan China dan pertukaran wartawan dan penulis.
Barangkali untuk menggerakkan acara sebegini menelan belanja yang besar yang tidak mampu ditanggung oleh Malaysia, tetapi bagaimana pula dengan jentera sedia ada seperti Kedutaan Malaysia di luar negara? Apakah ada sebarang perancangan untuk memanfaatkan kedutaan kita sebagai alat untuk memperkenalkan budaya kita dalam konteks yang lebih luas, iaitu yang tidak hanya terperangkap dalam sangkaan jahil bahawa budaya itu tidak lebih daripada tarian atau makanan semata-mata?
Sayang sekali kalau Kedutaan Malaysia hanya diketahui sebagai tempat untuk mendapatkan visa saja!
BAHANA
14 min yang lalu






2 polemik:
Salam Tuan Naz,
Orang Malaysia (pemimpin) campak sastera dalam tong sampah.Kawan dah pindah ke blog baru: http//szirdina.blogspot.com
salam kembali,
demo pun campak blog lama jugak ke? hehehe
Catat Ulasan