Kata Mamat Khalid, “Saya mahu belajar dengan lebih mendalam mengenai politik dalam dunia penjurian festival filem dan belajar melobi supaya pada masa akan datang, karya saya akan lebih diiktiraf.”*
Mari kita bantu abang Mamat Khalid untuk menghasilkan filem yang boleh menang di festival filem:-
1. Adaptasi Mona Gersang ke filem.
Sasaran: Penonton yang gersang dan juri yang gersang intelektual.
Nilai tambah: Boleh buat sequel seperti Mona Gersang Kembali atau Mona Gersang Lagi atau Lagi-lagi Mona Gersang atau Tak Puas-puas Mona Gersang.
Quote: Boleh ulang balik quote budak sekolah paling popular tahun ini, “Ni ha, nasi lemak lima puluh sen!”
2. Buat sequel Estet, tetapi dengan judul baru: Evolusi Estet Drift
Sasaran: Mat dan minah rempit (tentu mereka nak tengok macam mana boleh drift atas jalan estet!) serta juri yang buktikan Malaysia boleh menangkan filem genre sama yang tak mungkin menang di Hollywood.
Nilai tambah: Boleh kerjasama dengan Felda, Kesedar dan yang sewaktu dengannya. Paling koman pun dapat tajaan makanan!
* Tak perlu anugerah kasihan, Berita Harian (27 Oktober 2010) oleh Farihad Shalla Mahmud
** gambar dari Anak Wayang
Kerajaan Pontianak Bukan Kerajaan Sekular.
1 jam yang lalu






1 polemik:
HAHAHA... Menarik2... ni satu cadangan yang baik.. x tahan bile tang dialog tu... kalu dulu tu lawak sekolah yang hanya di ketahui geng2 kaco orang tepi jalan.. lepas ni jadi semua tau...
budak kecik lepas tengok cite ngan mak die...
"mak, nasi lemak mak rm1.50.. bgus2... akak sane 1.00. yang sane 2.00!!! wow tp yang sane xde nasi lemak tp bermake up, oh,,.. nyah!"
maka... cite ini akan box office sebb nasi lemaknye...hehehe
ape2 pun... lame x makan nasi lemak...
Catat Ulasan