Palestina yang mati berkali-kali. Kembali hidup berkali-kali

ANDAINYA Dr Ang Swee Chai memperincikan perjuangan dalam misi kemanusiaannya di Lubnan dalam Dari Beirut ke Jerusalem, pastilah memoir ini tidak akan menemukan kesudahannya dan kita tidak berupaya mengempang air mata.

Pembaca lelaki dimaaf dan dibenarkan untuk menangis ketika membaca catatan sukarelawan sehingga tiada siapa pun yang akan menimbulkan soal kejantanannya atau sekurang-kurangnya berasa sebak ketika memamah catatan pandangan pertama doktor bedah yang bertugas ketika kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, Lubnan itu disembelih.

Kita didedahkan dengan wajah derita kem pelarian Palestin yang berulang kali dikepung dan dihujani peluru sehingga pada satu tahap para ibu mencium anak-anaknya berkali-kali hanya untuk keluar mengambil air kerana merasakan ia seolah-olah pertemuan kali terakhir sebelum nyawa dirampas penembak tepat yang bersembunyi dari bangunan tinggi.

Dengan penuh rendah hati dan diri, Dr Swee Chai bercerita tentang pengalamannya dalam membina hospital daripada puing runtuhan kepada bangunan yang serba daif tetapi terpaksa menguruskan belasan ribu warga pelarian - beliau seolah-olahnya beberapa kali memulangkan kekaguman kita kepada rakyat Palestin dan rakan sukarelawannya.

Dari Beirut ke Jerusalem adalah memoir wajib dibaca oleh rakyat Malaysia kerana perjuangan Palestin tidak boleh mati dalam jiwa kita selepas umat Palestin beberapa kali hidup kembali selepas kematian kem pelarian mereka yang sangat dahsyat.

3 polemik:

mesejabdul 29 Oktober 2010 4:49 PTG  

Masih belum berkesempatan untuk mencari buku ini. Namun, bayangan kisahnya jelas selepas membaca "BUMI CINTA" karya Kang Abik yang memperincikan peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila yakni saling berkaitan dengan peristiwa dialami oleh Dr.Ang Swee Chai ini.

sahrunizam abdul talib 30 Oktober 2010 7:06 PTG  

Salam,

i)Saya membaca buku ini sewaktu saya dan keluarga menjadi pelarian banjir di sebuah surau kira-kira selama 2 minggu pada tahun 2008.
Tiada bekalan air paip dan tiada bekalan elektrik. Itupun sudah cukup derita rasanya.

ii)Biarpun derita yang saya dan keluarga alami berbanding rakyat Palestin jaraknya bagai rumput dan awan namun saya bersyukur mampu membaca buku ini dengan lebih perasaan dan lebih penghayatan kesan daripada sengsara yang kami tanggung.

iii)Apa yang lebih penting, pemergian Dr Ang Swee Chai ke Palestin secara diam-diam tanpa kokokan berderai-derai dan tanpa tandatangan seorang angkasawan misalnya!

Nazmi Yaakub 31 Oktober 2010 7:23 PG  

mesejabdul,
bacalah memoir ang swee chai. ia tak sama dgn apa yg kita baca sebelumnya.

sahrunizam,
ya, kita boleh meminjam sedikit rasa daripada penderitaan umat islam palestin. hanya pinjam. hanya sedikit.

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter