Apanya selepas hadiah sastera?

Prix Goncourt at Le Drouant adalah hadiah sastera Perancis yang unik. Pertama, penilaian terakhir dibuat ketika sembilan jurinya makan tengah hari di sebuah restoran kecil di Paris. Kedua, nilai hadiahnya sangat kecil, iaitu €10 atau RM40. Namun, nilai Euronya bukan ukuran, sebaliknya nilai hadiah yang akan melonjakkan jualan naskhah karya pemenang.

Contohnya, karya pemenang terkini, Houellebecq, iaitu novel La Carte et le Territoire atau The Map and the Territory diramalkan bakal melambungkan jualan bukunya yang sekarang ini sekitar 200,000 naskhah kepada 400,000. (Houellebecq tidak sunyi daripada kontroversi termasuk label lancangnya terhadap Islam dengan menohmah sebagai agama paling bodoh di dunia dan selalu menyerang penilaian hadiah kerana tidak memenangkan karyanya yang sebelum ini atau novel yang menang itu mempunyai cuplikan daripada Wikipedia).

Ini yang kita tidak ada. Penilaian hadiah sastera kita selalu dibuat di hotel-hotel dengan juri dilimpahkan kemudahan untuk bermesyuarat bagi memilih karya. Nilai hadiah kita juga ribu-riban yang akan melenakan sekejap pengarang. Namun, ia tak memberikan sebarang kesan kepada jualan naskhah karya pemenang.

Kita selalu memikirkan penilaian dan penganugerahan hadiah itu, tetapi kita jarang berfikir tentang kesan penganugerahan itu kepada masyarakat.

Hal inilah yang wajar dijadikan agenda dalam ranah sastera tanah air, selepas (katakan) hadiah sastera dapat dianjurkan secara konsisten.

Kecuali kita mahu hadiah sastera hanya menyenangkan juri dan pemenang saja!

3 polemik:

pembaca buku 9 November 2010 2:36 PTG  

Salam.

Apabila saya membaca tulisan sdr yang ini, saya tertanya-tanya, sdr menulis atas fakta, atau atas geram dan semberono sahaja?

Seorang wartawan seharusnya terus menjadi wartawan walaupun dia menulis dalam medium yang mana pun. Ini disebabkan dia telah memahami etika kewartawanan. Menulis itu harus dengan fakta, bukti dan hujah.

Dalam tulisan ini, berikan butiran fakta, bukti dan hujah. Sdr tidak boleh menulis dengan emosi; sdr akan dianggap sebagai tidak rasional.

Dan di mana kesimpulannya? Apakah pula saranan sdr untuk memperbaiki keadaan ini?

Memang ini blog sdr, sdr boleh tulis apa saja yang sdr suka. Tetapi jika saya mengenali sdr sebagai nazmi sang wartawan itu, saya selalu mengharapkan tulisan yang bersangkutan dengan kredibiliti sdr sebagai seorang wartawan.

Tulislah secara bertanggungjawab, sekurang-kurangnya untuk saya yang 'percaya' pada tulisan sdr sungguhpun tidak mempunyai kepentingan apa pun dalam industri sastera negara!

Wassalam.

Nazmi Yaakub 9 November 2010 4:01 PTG  

Selepas membaca komentar panjang pembaca buku, saya pun keluar ke kedai buku, lalu insaf.

Ternyata apa yang saya tulis itu salah. Novel-novel yang memenangi hadiah sastera semuanya laku-laku di pasaran. Ramai yang berteriak-teriak kerana tidak dapat membeli buku yang memenangi hadiah sastera. Syarikat penerbitan pun berlumba-lumba untuk menghantar karya yang diterbitkan mereka ke penilaian hadiah sastera supaya nanti buku-buku itu dapat diterbitkan berkali-kali ganda sekiranya tersenarai pendek atau mana tahu menang.

Ok, tamat cerita khayalan. Sebelum saya menulis lanjut, saya juga minta saudara bertanggungjawab, sekurang-kurangnya untuk saya percaya pada pandangan saudara.

Wassalam

Sunardi 9 November 2010 6:34 PTG  

Salam,

Bukti?

Saya teringat perbualan saya dengan seorang penulis yang menang hadiah sastera dari sebuah kumpulan penerbitan.

Jualan tidak meningkat, tersadai di rak buku tanpa promosi sepatutnya.

Saya hanya mampu berasa kasihan.

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter