Berhenti baling batu, sembunyi tangan

Nampaknya saya tidak keseorangan apabila menulis Apanya Selepas Hadiah Sastera? kerana nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd Khair Ngadiron juga berpendirian hampir sama dalam Soal Jawab di TV3, malam tadi.

Kata Mohd Khair, tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan karya agung sastera kita.

Saya kira karya yang memenangi hadiah sastera meskipun mungkin agak keterlaluan untuk melabelnya sebagai karya agung, tetapi sudah tentu mempunyai sedikit nilai yang lebih berbanding karya yang biasa. Kalaulah, karya agung pun tidak dirujuk dan diterima oleh masyarakatnya sepenuhnya, apatah lagi karya yang baru setahun dua muncul dan menang hadiah sastera!

Nampaknya, tidaklah perlu saya menjawab pandangan sepintas lalu Pembaca Blog kerana tokoh yang terbabit yang saya kira dihormati juga oleh penulis komen itu, mengakui hal yang seumpama itu.

Kita sebenarnya mengimpikan karya yang bukan saja memenangi hadiah sastera, bahkan tercalon saja dalam senarai panjang atau pendek, bakal diburui oleh sekurang-kurangnya sekolompok besar orang sastera (termasuk pelajar sastera dari sekolah ke universiti) dan pembaca biasa.

Mungkin sumbangan saya kecil dalam membakar-bakar hal-hal yang berkaitan dengan anugerah dan hadiah sastera sama ada dalam akhbar atau blog, tetapi saya harap pembaca sekalian pun menadahkan bahu mereka juga untuk bersama-sama menyemarakkan sastera tanah air kita.

Sudah sampai masanya kita berhenti daripada membaling batu dan sembunyi tangan, kerana sekurang-kurangnya kalau kita mahu membaling batu untuk mengejutkan orang lain, tunjuk-tunjukkanlah muka kita.

Usaha martabat karya agung Malaysia belum memuaskan

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd Khair Ngadiron berkata, usaha memartabatkan karya agung Malaysia di kalangan rakyat belum mencapai tahap memuaskan sehingga menyukarkan penerimaan karya sastera tanah air di kalangan masyarakat antarabangsa.

Katanya, sebelum karya negara ini dapat diterima dan dirujuk oleh masyarakat dunia, karya berkenaan perlu diterima dan dirujuk oleh masyarakat tempatan terlebih dulu.

“Kita perlu jadikan karya agung kita seperti novel sebagai bahan kritikan awam, sekali gus mencipta suasana yang mendorong masyarakat luas untuk memperkatakan novel terbabit.

“Karya agung kita seperti Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan dalam proses penterjemahan ke bahasa Perancis, sebenarnya tidak kalah berbanding karya agung dari negara lain,” katanya dalam rancangan Soal Jawab TV3 yang dihoskan Pengerusi Media-Prima Bhd, Datuk Johan Jaaffar, malam tadi.

Turut menjadi panel, Pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2000, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan pengarang serta pengarah filem, Amir Muhammad.


Swee Tin berkata, karya sastera juga perlu dijadikan teks wajib pada peringkat pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selain wajar diterapkan pada latihan perguruan supaya generasi muda dapat melihat apresiasi bangsa dan mengenal akar budaya, jiwa, tradisi serta pemikiran bangsa pada setiap karya sastera berkenaan.

Berita Harian, 11 November 2010

0 polemik:

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter