Keanehan dalam pencalonan Tokoh Buku Negara 2010

Isu ini awalnya dibangkitkan dalam forum Goodreads Malaysia yang turut memuatkan pautan ke blog Anugerah Buku Negara 2010, iaitu lima pencalonan Tokoh Buku Negara yang semacam rojak kerana mencalonkan sasterawan, politikus, novelis misteri dan penulis buku politik pop!

Saya tidak tahu apakah lima calon itu benar-benar calon yang dibincangkan dalam panel penilai (itupun kalau ada panel!) dan musykil kriteria pemilihan dan kayu ukur yang diguna pakai.

Ia adalah ibarat kita meletakkan lima peninju yang datang daripada pelbagai kategori daripada superheavyweight, heavyweight, lightweight hinggalah kepada no-weight! Lebih malang kalau yang menang nanti adalah calon yang entah apa-apa.

Kerana itu saya secara sinikal menulis begini di Goodreads Malaysia:-

yg paling layak adalah sn shahnon ahmad. beliau bukan saja banyak menghasilkan novel yg kaya dgn sosio-budaya dan sosio-politik tanah air, bahkan antara tokoh yg mendekatkan sastera amerika latin ke negara kita.

tapi saya jangka rais yatim akan dapat. jangan tanya mcm mana saya buat jangkaan ini... lagi pun ini kan MALAYSIA kah kah kah
Namun kerana saya tahu dengan hanya sinikal, kita tidak akan mengubah apa-apa, maka saya menurunkan komen di blog Anugerah Buku Negara 2010:-
Tuan, pencalonan untuk Tokoh Buku Negara bukan saja sangat tidak seimbang dan tidak logik, bahkan merendah-rendahkan martabat keilmuan dan persuratan yang sepatutnya tidak diperlekehkan oleh penganjur.

Saya mengharapkan nama-nama yang dicalonkan memang tokoh yang memberikan sumbangan besar dalam pembukuan dan kepustakaan bangsa dan negara, yang bukannya didasarkan dengan penilaian politik atau kuantiti buku yang dihasilkan.

Semoga penganjur anugerah sepenting Anugerah Buku Negara ini, tidak akan terjebak dalam kancah penganugerahan yang tidak lebih daripada bersifat tahunan, jauh sekali bersifat tangkap muat.

2 polemik:

NASSURY IBRAHIM 15 November 2010 6:17 PTG  

Malangnya, negara kita semakin jauh dengan bahasa, sastera dan budaya.

sinaganaga 19 November 2010 12:48 PTG  

anugerah tokoh buku sepatutnya diberikan kepada individu yang membikin buku, ha ha.

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter