Pada tahun ini, Dublin mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai Kota Sastera (City of Literature). Tidak pasti, kalau majlis pengisytiharan itu dibuat di Croke Park, iaitu stadium keempat terbesar di Eropah atau kalau-kalau ia dibuat secara sidang video, tetapi pengisytiharannya sebagai Kota Sastera adalah pengisytiharan yang valid.
Mungkin ada baiknya untuk kita melihat kepada kriteria dan karektor pemilihan Dublin sehingga disenaraikan sebagai empat Kota Sastera bersama-sama Edinburgh, Iowa City dan Melbourne. Mana tahu dengan adanya Kota Buku (apa khabar Kota Buku?), Bulan Bahasa (bye-bye kalimah dan Sastera) Kebangsaan dan anugerah sastera, Kuala Lumpur pun dapat mencalonkan diri sebagai Kota Sastera.
Kriteria dan karektor Kota Sastera oleh UNESCO adalah:-
1. Kualiti, kuantiti dan kepelbagaian inisiatif-inisiatif editorial dan rumah-rumah penerbitan;
2. Kualiti dan kuantiti program-program pendidikan yang memfokuskan sastera tempatan dan luar di sekolah rendah dan menengah serta universiti;
3. Persekitaran perbandaran yang sastera, drama dan/atau baca puisi memainkan peranan penting;
4. Pengalaman dalam penganjuran acara-acara dan festival-festival sastera yang mensasarkan promosi sastera tempatan dan luar;
5. Perpustakaan-perpustakaan, kedai-kedai buku dan pusat-pusat kebudayaan sama ada awam atau swasta yang berusaha untuk memulihara, mempromosi dan mengembangkan sastera tempatan dan asing;
6. Usaha yang giat oleh sektor penerbitan untuk menterjemah karya-karya sastera daripada pelbagai bahasa kebangsaan dan sastera luar;
7. Pembabitan aktif oleh media termasuk media baru dalam mempromosi sastera dan memperkuatkan pasaran untuk produk sastera.
Tujuh kriteria dan karektor itu sukar untuk dicapai tanpa apresiasi sastera oleh masyarakatnya terlebih dulu. Nampak gayanya, apresiasi masyarakat mahu tidak mahu perlu digerakkan daripada atas juga. Tidak hairanlah Rasulullah SAW sendiri bersabda, “Manusia itu mengikut agama pemimpin mereka.”
Saya tidak mahu mengulang saranan yang klise seperti penubuhan Jawatankuasa Antara Kementerian atau akademi khusus untuk hal ini, tetapi saya rasa apa yang kita boleh gerakkan setakat ini adalah kriteria dan karektor ketujuh yang berkait langsung dengan kita sebagai pengarang dan pembaca yang bergerak secara online ini.
Kerana sehingga ke hari ini, kita sebenarnya tidak nampak bagaimana Kuala Lumpur dapat menjadi Kota Sastera yang bukan semata-mata pada penobatan atau namanya saja, bahkan yang boleh dilihat kepada penghargaan dan pengangkatan karya sastera dalam masyarakat.
Kuala Lumpur untuk Kota Sastera UNESCO!
TAYANGAN KOPI 3 RASA ARAHAN NAZRI M ANNUAR
9 min yang lalu






2 polemik:
Di Dublin, di tepi jalan ada banyak papan iklan yang mengiklankan 'books of the month'. Setiap bulan, ada beberepa buku terbaru yang dipilih untuk book of the month. Di KL, hanya ada papan iklan filem-filem hollywood dan filem 'malaysia' terkini.
Dalam sesetengah bas, ada diletakkan petikan-petikan dari karya-karya penulis tersohor Ireland. Di lapangan terbang pun sama, tertera pada dinding kaca quotation dari penulis besar Irish.
Di tepi jalan, ada di jual poskad yang mempunyai gambar penulis-penulis Irish.
Setiap kedai buku, ada dibuat satu rak khusus buku-buku terpilih (Books of the month) yang siap dengan ulasan pendek, serta komen dari pembaca (terutama staf kedai buku).
Juga ada satu bas, yang dinamakan 'Ghost Bus' yang beroperasi 2-3 kali sehari yang akan membawa pelancong melawat ke rumah Bram Stoker (penulis cerita drakula tu).
Lagi, lalu di grafton street (salah satu shopping street yang paling mahal kat eropah), kadangkala boleh jumpa penulis jual buku di tepi jalan. Hampar kain, dan susun buku...jual.
Jauh lagi kot KL nak jadi kota sastera...
-fahd razy-
Sdr Nazmi: Papan iklan atau billboard yang terpajang di kota itu menayangkan apa? Maaf, sekadar bertanya sesuatu yang mungkin terlalu klise. KL = Kota L....U?
MARSLI N.O
Catat Ulasan