Saya tidak sepatutnya membuat sebarang komentar tentang penarikan balik novel Interlok karya SN Pak Lah Hussin kerana rasanya sudah lama novel itu saya baca. Saya lebih teringat novel Imam dan Konserto Terakhir, tetapi Interlok saya gagal refresh kembali.
Apa pun penarikan kembali Interlok ini menjadikan nasibnya sama dengan novel To Kill A Mockingbird karya Harper Lee yang diharamkan di sekolah dan perpustakaan di Amerika Syarikat (AS) apabila isu rasisme dilihat selapis dan pelajar sekolah tinggi dianggap tidak mempunyai kematangan untuk menimbang dan memikirkan isu sepenting itu.
Bagus juga ada kesedaran masyarakat tentang sastera seperti isu cerpen dan puisi yang menjadi pertikaian DAP pada tahun lalu, tetapi malangnya mengapa kita merasakan kesedaran terhadap sastera itu lebih bercorak negatif?
Stok Perawan (Masih Dara), Di Kota Pontianak
2 beberapa jam yang lalu






4 polemik:
Membaca sastera dengan menilai selapis makna bukanlah membaca karya sastera.
apakah mereka mahu karya2 yang tidak membangun minda. Kritik sedikit pun tak boleh.
lepas baca interlok, pandangan aku pada kaum lain, berubah, kalau tak banyak, sikit.
banyak yang diajar dalam tu. apa pun, aku makin kenal kaum yang majmuk dalam malaysia. tak semua, tapi adalah.
penarikan ni, adalah tindakan bebal, titik.
mrkiza,
mereka anggap sastera adalah berita di akhbar. itu pun mereka tak baca.
sastraboy,
ya tepat sekali. utk terapkan makna kesusahan kpd mereka yg tak ada pengalaman itu, lebih senang dlm bentuk karya sastera, drpd teks sejarah.
memang bodoh dan bebal... interlok dijadikan buku teks setelah melalui tapisan dan proses tertentu yang melayakkannya.
kini kerajaan begitu takut dengan masyarakat india, apa saja yang mereka protes terpaksa diikut? mengapa kerajaan malaysia dilihat sangat lemah kepada kaum ini...? apa dah jadi?
skrg mereka juga mempertikaikan agama anutan parameswara... mengapa tidak dicatat di dalam sejarah matinya perameswara itu beragama hindu. pentingkah agama anutan parameswara ini kepada sejarah sehingga perlu tindakan begini?
kerajaan? lembut dan berdiam diri lagi...
Catat Ulasan