Interlok: Kunci yang patut diguna oleh PAS


Apakah yang patut PAS lakukan (sebelum Mustafa Ali keluarkan kenyataan yang tampak terburu-buru dan Dr Mariah meluru-luru ke pra-perhimpunan membakar Interlok):-

1. Memanggil sasterawan dan budayawan yang ada dalam PAS dan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dalam satu pertemuan khas untuk mendapatkan pandangan dalam konteks Interlok sebaik saja isu ini dinyalakan. Pandangan ini boleh memberikan worldview kepada PAS terhadap isi kandungan novel, latar sejarah dan proses kreatifnya, kedudukannya sebagai karya nadir dalam konteks integrasi kaum serta pemilihannya sebagai teks KOMSAS.

Ini menimbulkan persoalan apakah PAS menyedari kewujudan tokoh penyair dan sarjana yang menggagas Teori Takmilah dalam puisi yang juga Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Penerima SEA Write Award yang juga bekas calon PAS, Azizi Haji Abdullah dan dramatis terkenal tanah air, Che Shamsuddin Othman alias Dinsman? Oh ya, PAS masih ingat Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad? Di Kelantan juga, ada Abdul Hadi Muhammad dan juga Setiausaha Persatuan Penulis Kelantan, Abdul Hadi Ismail yang sering tampil dalam acara berkaitan kerajaan negeri serta bekas Setiausaha Politik terlama MB, Anbakri!

2. Meminta Pusat Penyelidikan PAS menyediakan kertas kajian terhadap novel Interlok dalam konteks karya sastera dan di luar konteksnya serta hubungannya dengan sejarah, sosio-budaya dan sosio-politik masa kini. Ini boleh dijadikan kertas panduan yang dapat membuka pandangan masyarakat terhadap kedudukan sebenar novel Interlok.

Ini juga menimbulkan persoalan apakah PAS sudah mewujudkan Lajnah Kebudayaan yang berfungsi memantau dan melihat isu-isu penting yang berlaku dalam soal bahasa, seni dan budaya yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh beberapa seniman yang simpatik dan akrab dengan PAS. Juga memercikkan persoalan apakah jasa seniman seperti penyair dan pengarang itu hanya untuk membacakan puisi anti-BN atau dalam tempoh pilihan raya saja?

3. Melihat isu kasta yang diheboh-hebohkan dengan kaca mata Islam - iaitu keadilan sosial yang dikemukakan Islam. Setakat ini saya tidak membaca sebarang kenyataan daripada pemimpin PAS yang teringat betapa keadilan Islam yang tidak membeza-bezakan kasta, selain daripada kenyataan sensitiviti kaum. Apakah yang lebih besar diperkatakan - keadilan Islam atau sensitiviti pengundi? Sepatutnya, PAS sebagai jamaah Islam mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan tasawur Islam terhadap keadilan sosial, selain sebagai sebuah parti yang mementingkan keuntungan pilihan raya.

4. Memanfaatkan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk membuat perbincangan dan pertemuan seawal mungkin dengan masyarakat India sehingga tidak perlu sampai seorang Ahli Parlimen terpaksa bergegas ke perhimpunan tidak puas hati dengan harapan dapat menyejukkan keadaan yang nampaknya gagal kerana kehadirannya tidak dapat menghalang hal itu daripada berlaku.

Semua point yang saya tulis ini sebenarnya menjurus kepada satu persoalan besar - apakah dasar PAS terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pemersatu dan bahasa ilmu; dasar PAS terhadap kebudayaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang terangkum di dalamnya hal-hal yang berkait dengan budaya masyarakat majmuk dan kesenian dalam konteks Islam serta dasar PAS terhadap hal persuratan dan kesusasteraan yang berperanan dalam membina kemanusiaan umat di negara ini.

5 polemik:

arsal74 11 Januari 2011 8:27 PG  

Nampaknya PAS lebih suka menjadi reaktif daripada proaktif dalam isu bahasa, budaya dan sastera ... Mungkin pimpinan mereka perlu mendapat pemahaman yang lebih jelkas tentang kepentingan bahasa, sastera dan budaya ini dalam konteks pembinaan negara.

ayobkelubi 11 Januari 2011 9:23 PG  

bagi aku PAS tidak mahu memainkan peranan utama kerana beranggapan bahawa isu INTERLOK ini akan mudah diterbangkan angin dan dilupakan orang. tidak nampak mereka akan jadi juara dalam isu ini.

apa dosa INTERLOK hingga di bakar buku itu?.

Nazmi Yaakub 11 Januari 2011 9:55 PG  

arsal,
ya sifat reaktif pd dekad 90-an mmg diperlukan. tapi ini sudah masuk alaf baru - gerakan islam sudah memimpin di turki.

ayob,
ambil mudah adalah mengambil laluan silap awal2 lagi.

Mardhiah bte Mohd Yusoff 13 Januari 2011 10:49 PG  

PRU yang lalu, saya lihat dasar parti mana yang lebih jelas. Saya berpaksikan pada dasar ekonomi. Ekonmi bukan sekadar berperang dengan rahsuah sebab ekonimi hari ini sudah jadi berselirat dan kompleks, sehingga kesatu tahap saya setuju dengan keraguan Aziz Bari, lacuna dalam Undang-undang Syariah memang signifikan yang memaksa kita terus-terusan mengguna pakai English Common Law.

PRU akan datang saya ada lagi satu dasar untuk ditimbang tara. Terima kasih Nazmi, idaklah lagi saya rasa berdosa sebab tak pangkah bulan itu hari. Terima kasih juga sebab bagi idea nak tulis pasal dasar intergrasi, dasar kebangsaan dan kebudayaan yang telah wujud sejak sekian lama in my next entri, kalau saya rajinlah.

Mardhiah bte Mohd Yusoff 14 Januari 2011 6:50 PG  

Pembetulan "Terima kasih bagi idea":- terima kasih kerana berkongsi tulisan ini dalam blog justeru mengilhamkan saya untuk menulis tentang usaha-usaha pemikir terdahalu dalam mengintegrasikan kaum2 di Malaysia.

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter