Mencari pekerjaan atau pekerja untuk pusat hiburan?

Kata Ronnie Liu, “Kalau semua diberhentikan, siapa yang mahu mencari pekerjaan untuk mereka?”

Barangkali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini tidak tahu ada kilang di Selangor. Mungkin dia tertidur lama sehingga tidak melihat kilang bercacak-cacak naik di negerinya yang memerlukan sumber manusia.

Atau bolehkah soalan itu kita tukar begini: “Kalau semua diberhentikan, siapa yang mahu mencari PEKERJA untuk mereka (baca: taukey kelab malam)?”

Kalau soalan itu diubah sebegitu, kita pun boleh faham mengapa isu larangan orang Islam bekerja di pusat yang menyajikan minuman keras itu ditarik balik.

Namun, itu pun kita tidak boleh faham. Kalau betul-betul nak carikan pekerja, ambil saja pekerja import.

Tetapi kita masih tidak faham, apa perlunya pusat hiburan menyajikan minuman keras? Mungkin Ronnie Liu perlu menjawab sebelum beliau tidur kembali dan bangkit untuk membuat kenyataan yang boleh merosakkan reputasinya sendiri.

4 polemik:

khairul h. 16 Januari 2011 8:50 PG  

Tetapi jika mereka betul-betul sedar mereka Islam, tidak akan terlintas dalam pikiran mereka untuk mencari kerja di kelab malam dan tempat2 yg menjual arak.

Nazmi Yaakub 16 Januari 2011 9:28 PG  

khairul,
betul tu. mmg penting kesedaran. tapi undang2 juga penting. sama saja dlm konteks mencuri, kalau betul2 sedar dan faham ttg islam, tentu mereka tak mencuri. tapi kita tentu tak boleh harapkan pd konsep kesedaran diri, tanpa ada penguatkuasaan undang2.

sbb itu islam beri dua bentuk pencegahan. dari dalam diri dan dari luar diri - iaitu undang2.

Mardhiah bte Mohd Yusoff 20 Januari 2011 5:40 PG  

"Tetapi kita masih tidak faham, apa perlunya pusat hiburan menyajikan minuman keras? Mungkin Ronnie Liu perlu menjawab sebelum beliau tidur kembali dan bangkit untuk membuat kenyataan yang boleh merosakkan reputasinya sendiri. "

Tak faham atau buat-buat tak faham, atau tak mau terima kenyataan yang PR pun 2x5 dengan BN?

ANJUNGSENA 29 Januari 2011 5:37 PTG  

Salam ..hari ini banyak sangat salah faham orang bukan Islam terhadap Islam..justeru inilah berlaku kepada kita umat Islam.Dibolehkan sesuatu sperti matlamat menghalalkan cara...jadi lagu ni lah akhirnya

Iklan Nuffnang

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget
Rak buku Nazmi: Menggetis buku

Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISAAnugerah PertamaRANGGAUPostponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak LainLeksikon Sastra JakartaMalu (Aku) Jadi Orang Indonesia

More of Nazmi's books »
Nazmi Yaakub's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter